Laporan Hari Kebudayaan Bahasa Jepun Di Sekolah Dato’ Abdul Razak.
22 April 2011 hingga 24 April 2011, Hari Kebudayaan Bahasa Jepun peringkat sekolah asrama penuh seluruh Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di sekolah berprestasi tinggi, Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR). Tujuan hari kebudayaan ini diadakan adalah meneruskan lagi kesinambungan hari kebudayaan yang telah diadakan pada sebelumnya selain mendalami budaya orang Jepun dan meningkatkan lagi minat untuk belajar Bahasa Jepun dan menggunakan ilmu bahasa yang telah dipelajari disamping menambah kenalan daripada seluruh warga sekolah berasrama penuh. Cik Ainun Maziah Binti Abdul Rahman dan Cik Salwa Binti Mahayuddin telah bertindak sebagai guru pengiring bagi Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan urusetia untuk semasa hari kebudayaan itu berlangsung.
22 April 2011, Jumaat,
7.30 pagi Rombongan STAR yang terdiri daripada dua orang guru dan enam orang
pelajar telah bertolak daripada sekolah ke Sekolah Menengah Intergrasi
Gopeng (IGOP).
8.30 pagi Bertolak daripada IGOP ke SDAR bersama-sama para pelajar IGOP dan
MCKK
4.35 petang Tiba di SDAR. Daftar masuk dan diberikan tempat penginapan.
6.00 petang Makan di dewan makan SDAR.Solat Maghrib.
8.30 malam Ke dewan Dato’ Abdul Razak. Ucapan alu-aluan pengetua SDAR, Hj
Zakaria Bin Md. Zin.
9.30 malam Taklimat untuk para guru pengiring. Sesi berkenalan antara pelajar.
11.30 malam Minum malam, urus diri dan tidur.
23 April 2011, Sabtu,
6.00 pagi Bangun, urus diri, solat Subuh.
7.20 pagi Senaman pagi dikendalikan pelajar MCKK.
7.45 pagi Sarapan pagi dan urus diri
8.30 pagi Kemudian, ‘Let’s Speak Japanese Explorace’
12.30 tengahari Makan tengahari, urus diri dan solat Zohor.
2.30 petang Bengkel rasai pengalaman yang terdiri daripada enam buah bengkel
berlainan iaitu bengkel Furoshiki, bengkel makizushi, bengkel kaligrafi,
bengkel kirigami, bengkel bon odori dan bengkel memakai yukata.
4.30 petang Makan, solat Asar.
5.30 petang Riadah.
6.30 petang Urus diri dan solat.
8.00 malam Majlis Makan Malam Perdana. Ucapan daripada Masahiko Hone, duta besar
Jepun ke Malaysia. Persembahan kebudayaan. Penyampaian sijil dan
hadiah. Sesi fotografi.
11.30 malam Tamat majlis
11.45 malam Urus diri, solat dan tidur
24 April 2011, Ahad,
6.30 pagi Bangun, solat dan urus diri.
7.00 pagi Senaman pagi dikendalikan oleh para pelajar ASIS
7.45 pagi Sarapan pagi dan urus diri
8.30 pagi Ceramah ‘ Japanese Manga’
11.30 pagi Majlis penutup dan penyampaian cenderamata serta hadiah ‘Let’s Speak
Japanese Explorace’.
12.30 tengahari Jamuan
1.00 petang Kemas barang, urus diri dan solat.
2.00 petang Naiki bas dan bertolak
5.45 petang Sampai di Plaza Tol Ipoh Selatan
6.20 petang Sampai di Sekolah.
Saya berharap agar Hari Kebudayaan Jepun akan diadakan pada tahun-tahun hadapan dengan lebih baik dan meriah. Semoga dengan mengikuti Hari Kebudayaan Jepun ke-8, para pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman secara amnya berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa Jepun dan gigih menimba ilmu secara umumnya.
Laporan Disediakan Oleh, 20 Mei 2011.
……………………………
(MOHAMMAD FAZRUL AMIN BIN RAMLEE)
Penolong Setiausaha
Kelab Bahasa Jepun
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh
Perak.