Laporan Bengkel Makizushi.

Laporan Bengkel Makizushi.

  Pada tanggal 23 april 2011, hari sabtu yang lalu pada pukul 2.30 petang, enam orang pelajar STAR yang mewakili STAR ke HKJ telah dipecahkan kepada enam kumpulan dalam slot bengkel ‘Feel The Experience’, saya Wan Hafizan Bin Wan Zulkeffli telah pergi ke bengkel Makizushi yang bertempat di kawasan pendaftaran.
  Dalam bengkel tersebut, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai dua budak lelaki dan dua budak perempuan. Malangnya, saya ditempatkan bersama tiga orang pelajar lelaki dalam kumpulan K. pada awal bengkel, para peserta telah diberikan tunjuk ajar cara membuat ‘Sakurano Makizushi’ oleh dua orang cikgu Jepun iaitu Chika sensei dan Maria sensei.
  Kedua-dua sensei tersebut memberikan tunjuk ajar membuat ‘Sakurano Makizushi’ mengikut langkah yang betul. Selepas itu, setiap kumpulan diminta menyediakan dua set Makizushi dan memilih sekurang-kurangnya dua potong Makizushi yang terbaik untuk dipamerkan dalam pertandingan mini antara kumpulan. Setelah menyiapkan dua set Makizushi dan dipamerkan untuk pertandingan, kedua-dua sensei Jepun membuat penilaian. Setelah penilaian dilakukan, kumpulan D telah dinobatkan sebagai juara pertandingan mini tersebut.
  Setelah pertandingan mini diadakan, para pelajar dalam setiap kumpulan dibenarkan untuk memakan Makizushi yang dibuat daripada hasil tangan sendiri dengan perisa tambahan iaitu kicap manis dan wasabi dan minunam air teh Jepun. Selepas menikmati jamuan yang menyelarakan, semua pelajar dan guru yang terlibat dalam bengkel “Feel The Experience Making Makizushi” bergambar kenangan bersama-sama. Ternyata semua pelajar terlibat dalam bengkel tersebut mendapat pengalaman yang berharga dan menyeronokkan dalam membuat Makizushi.


Laporan disediakan Oleh,                                                                                          29 April 2011.

…………………………………
(WAN HAFIZAN BIN WAN ZULKIFFLI)
Peserta Bengkel Makizushi.