Friday, May 20, 2011

Pendahuluan

Pendahuluan

Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menghadiri Hari Kebudayaan Jepun kali ke-8 dengan jayanya. Sungguh, meriah acara yang telah berlangsung. Pastinya, para peserta hari kebudayaan daripada Sekolah Tuanku Abdul Rahman mendapat input yang amat berguna dan bermanfaat serta boleh dikongsi bersama. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, tuan pengetua, Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim kerana telah mengizinkan rombongan kami yang terdiri daripada dua orang guru dan enam orang pelajar ke Sekolah Dato’ Abdul Razak. Namun penghargaan yang sebenar-benarnya seharusnya diberikan kepada dua orang guru pengiring kami iaitu Cik Ainun Maziah Binti Abdul Rahman dan Cik Salwa Binti Mahayuddin kerana tanpa mereka, pasti rombongan ini tidak akan terurus dengan sempurna. Ribuan terima kasih saya ucapkan buat cikgu. Tidak lupa juga kepada ibu bapa. Terima kasih. Akhir kata, terima kasih atas segala-galanya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.

Mohammad Fazrul Amin Bin Ramlee

Ketua Rombongan Peserta STAR.

No comments:

Post a Comment