Pada 22 hingga 28 April yang lalu, STAR telah menghantar enam orang pelajar bahasa Jepun ke SDAR untuk mengahdiri Hari kebudayaan Bahasa Jepun SBP kali ke-8. Festival ini telah berlangsung selama tiga hari. Banyak aktivti menarik telah diadakan semasa festival ini diadakan.
Antara aktiviti yang diadakan ialah bengkel. Bengkel ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu kirigami,furoshiki,yukata, makizushi,kaligrafi dan tarian. Saya iman hakimi telah menyertai bengkel kaligrafi.
Aktiviti bengkel ini dijalankan pada 25 April, pukul 2.00 petnag. Sebelum itu, para peserta dikehendaki berkumpul di hadapan dewan Tun Abdul Razak. Kemudian semua peserta bengkel kaligrafi bergerak menuju ke bilik seni SDAR. Lebih kurang 40 peserta telah menyertai bengkel.
Bengkel kaligrafi ini diketuai oleh seorang guru dari jepun bernama Jotou sensei. Pertama sekali, beliau menerangkan serba sedikit tentang kaligrafi.
Kaligrafi atau shodou merupakan seni tulisan kanji dan karakter kana menggunakan berus( fude) dan dakwat (sumi). Shodou dan alat-alat kaligrafi diperkenalkan di Jepun dari negara China pada abad ke-6 hingga ke-7 bersama-sama cara menghasilkan kertas. Dalam shodou, adab dan disiplin sangatditekankan.
Semasa menulis, seseorang individu mestilah menenangkan hati, menegakkan postur badan, memfokuskan minda dan menghayati karakter yang ditulis. Hasil tulisan digelar sho. Hasil ini dinilai dari sudut kekemasan karakter, strok berus, lorekan dakwat dan keseimbangan. Dalam kaligrafi, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa menulis. Peraturan pertama, berus yang telah dicelup dakwat hendaklah digunakan untuk menulis keseluruhan karakter dalam satu kertas. Dengan kata lain, seseorang tidak boleh mencelup berus kedalam dakwat beberapa kali untuk menulis satu tulisan. Peraturan kedua, seseorang tidak boleh menambah apa-apa lorekan atau calitan untuk menutup kesalahan strok yang ditulis.

Setelah mendengar penerangan tersebut, para peserta mula menulis dengan tunjuk ajar Jotou sensei dan beberapa orang guru bahasa Jepun. Kami diberikan tiga helai kertas untuk berlatih menulis dan sehelai kertas untuk menulis perkataan terakhir bagi dihantar kepada Jotou sensei. Jotou sensei telah menilai kesemua hasil kaligrafi para peserta dan memberikan sedikit komen. Beliau juga memuji babarapa hasil karya peserta.
Bengkel ini tamat sekitar pukul 4.00 petang. Sebelum bersurai, para peserta mengambil peluang untuk bergambar dengan Jotou sensei sebagai kenangan.
Laporan Disediakan Oleh, 29 April 2011.
......................................................
(IMAN HAKIMI BIN ZAMZAM)
Peserta bengkel Kaligrafi.