Laporan Bengkel Kirigami.






Laporan  Bengkel Kirigami
  Pada 23 April 2011 yang  lepas, seramai 51 orang pelajar dari seluruh Sekolah Berasrama Penuh termasuk dari Sabah dan  Sarawak telah menyertai sebuah bengkel mengenai seni negara Jepun iaitu bengkel kirigami. Bengkel tersebut telah berlanglung dari jam 2petang hingga 4 petang. Bengkel yang diadakan selama dua jam itu telah diadakan di makmal biologi 1, Sekolah Dato Abdul Razak.
  Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk menerapkan nilai seni negara Jepun kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Disamping itu, bengkel inijuga dapat memupuk ssemangat mencintai budaya negara luar itu supaya tidak dtelan zaman.
  Seawal jam 1.50 petang lagi, semua pelajar telah berkumpul di dataran Bestari Sekolah Dato Abdul Razak . Kemudian, kami dikehendaki untuk beratur mengikut bengkel yang disertai. Selepas itu, kami bergerak ke bengkel masing-masing iaitu makmal bologi 1 bagi bengkel kirigami. Seperti yang dimaklumkan oleh penganjur bangkel, kami perlu membawa peralatan masing-masing semasa bengkel dijalankan.
  Bengkel kirigami telah dikehendaki oleh dua orang guru daripada Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai MCKK, iaitu seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Kami juga dibantu oleh beberapa orang guru bahasa Jepun yang lain. Pada permulaan bengkel, kami telah diberi penerangan tentang serba-sedikit mengenai kirigami. Kemudian, kami diajar tentang cara-cara memotong dan  melipat kertas.Sebelum itu, kami semua telah diberikan kertas panduan dan beberapa kertas warna. Hasilnya, berkat tunjuk ajr serta bimbingan guru kami telah berjaya membuat beberapa helai seni kirigami. Kemudian, kami dikehendaki untuk melekat hasil kirigami yang disiapkan di atas sehelai kertas warna yang lain.
  Pada akhir program,  semua pelajar telah menghantar hasil kirigami masing-masing oleh seorang guru penilai. Walaupun amsa yang diberkan untuk menyiapkan hasil kirigami masing-masing agak singkat, tetapi kami berasa berpuas hati kerana dapat mempelajai sesuatu yang baharu. Selai itu, guru bengkel juga menyarankan  kami supaya mengajar pelajar bahasa Jepun sekolah masing-masing supaya seni ini dapat dikembangkan  lagi.
  Tepat jam 4 petang, semua pelajar dikehendaki untuk bersurai. Sesungguhnya, program seumpama ini perlu diadakan lagi pada masa hadapan.

Laporan Disediakan Oleh,                                                                                             6 Mei 2011.



..............................................
(MUHD RAIHAN BIN AHMAD NOR KOMAR)
Peserta Bengkel Kirigami.