Laporan Bengkel Furoshiki
Saya Mohammad Fazrul Amin Bin Ramlee, peserta HKJ ke-8 di SDAR juga salah seorang peserta bengkel furoshiki telah mempelajari beberapa lipatan furoshiki ketika bengkel itu diadakan pada pukul 2.00 petang hingga 4.40 petang hari kedua berkampung di SDAR.
Furoshiki adalah jenis kain pembungkus tradisional Jepun yang sering digunakan untuk mengangkat pakaian, hadiah, atau barang lain. Walaupun mungkin datang kembali sejauh tempoh Nara, nama, yang bermaksud "menyebar mandi", berasal dari amalan zaman Edo menggunakan mereka untuk pakaian bundel sementara pada sento (pemandian umum; furo am). Sebelum menjadi berkaitan dengan pemandian umum, furoshiki dikenali sebagai pakej dilipat hirazutsumi, atau flat. Akhirnya, penggunaan furoshiki itu dilanjutkan untuk melayani sebagai sarana bagi peniaga untuk mengangkut barang dagangan mereka atau untuk melindungi dan menghias hadiah. Furoshiki moden boleh diperbuat daripada pelbagai kain, termasuk sutera, chirimen, kapas, rayon, dan nilon.
Furoshiki seringkali dihiasi dengan desain tradisional atau dengan shibori. Tidak ada satu set saiz untuk furoshiki, mereka dapat berkisar dari tangan berukuran lebih besar dari seprei-. Yang paling umum adalah saiz 45 cm (17,7 inci) dan 68-72 cm (26,7-28,3 inci). Walaupun masih ada pengguna furoshiki di Jepun, jumlah mereka menurun pada tempoh pasca-perang, sebahagian besar kerana proliferasi poket belanja plastik. Dalam beberapa tahun terakhir, ia telah melihat suatu minat baru sebagai perlindungan alam sekitar menjadi perhatian. Furoshiki Namun, biasanya digunakan untuk membungkus dan pengangkutan tempat makan siang (bento) dan sering ganda sebagai alas meja untuk makan siang. Pada tarikh 6 Mac 2006, Menteri Lingkungan Hidup Jepun, Yuriko Koike, mencipta kain furoshiki untuk mempromosikan penggunaannya dalam dunia moden.
Bertempat di bilik berhawa dingin dan menyamankan, lebih baik berbanding tempat-tempat bengkel lain. Lebih kurang empat orang cikgu bahasa Jepun berada di situ akan tetapi yang mengajari kami cara-cara lipatan furoshiki hanya seorang cikgu yang memang berasal daripada Jepun tetapi boleh berbahasa Melayu. Mengkagumkan. Sayangnya tidak pula saya ingat akan nama cikgu tersebut. Tapi yang pasti cikgu tersebut seorang wanita dan mungkin berumur lingkungan 30 tahun serta peramah orangnya. Sebelum memulakan bengkel, semua peserta bengkel furoshiki dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil berahlikan tiga orang setiap kumpulan. Pada mulanya para peserta diberikan pilihan sama ada ingin digandingkan bersama lelaki dan perempuan atau berasingan. Kami lebih memilih untuk berada berasingan. Saya ditempatkan bersama-sama seorang pelajar MCKK, pelajar SERATAS dan seorang lagi pelajar. Kumpulan saya memiliki empat orang ahli semuanya memandangkan semua kumpulan telah cukup keahlian mereka. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua helai kain furoshiki bersaiz besar dan kecil. Pertama, salah seorang daripada kami perlu tampil ke hadapan untuk ditunjukan furoshiki pertama. Saya telah bertindak melangkah ke hadapan buat kumpulan saya. Setelah mempelajari furoshiki yang telah didemonstrasikan oleh cikgu tersebut, orang yang diajari perlu mengajar pula ahli kumpulan yang lain dan begitulah seterusnya tetapi dengan peserta yang berbeza perlu ke hadapan.
Furoshiki yang pertama kami pelajari adalah furoshiki untuk membawa sebuah buku. Yang kedua pun untuk membawa buku tetapi dua. Furoshiki yang ketiga menggunakan sebotol minuman. Yang keempat pun masih menggunakan botol minuman tetapi dua dan terus menggunakan dua botol tetapi berbeza versinya sahaja. Furoshiki yang terakhir iaitu yang kelapan adalah furoshiki untuk membuat ‘bag plastik’. Sempat lagi saudara Amirul, pelajar yang mempelajari furoshiki terakhir itu berjenaka. Meriah. Itulah ungkapan yang boleh disampaikan. Sesungguhnya kami tidak bosan menerima ilmu daripada cikgu tersebut. Selepas satu furoshiki diajari, cikgu tersebut pasti akan meronda buat seketika untuk memastikan para pelajar betu-betul memahami.
Sempat juga saya bertemu dengan Cik Ainun katika bengkel tersebut berlangsung. Cikgu telah mengambil beberapa gambar saya serta memperkenalkan kepada saya dua anak didik beliau di sekolah yang beliau duduki sebelum memasuki STAR kebetulan ada di sana. Berjaya semuanya dengan biang masing-masing. Kagum saya dibuatnya. Semangat saya untuk belajar semakin berkobar-kobar.
Tepat jam 4.40 petang, bengkel ditamatkan. Semua kelengkapan seperti kain-kain furoshiki, botol mineral dan buku perlu dipulangkan semula dalam keadaan baik. Saya menyampaikan ucapan terima kasih kepada cikgu tersebut diikuti oleh semua peserta yang lain. Kami semua bergerak ke dewan makan untuk menikmati minum petang.
Saya berharap agar dapat memberikan ilmu yang telah saya terima kepada pelajar-pelajar sekolah saya dan berusaha untuk mencuba furoshiki yang lain pula.
Laporan Disediakan Oleh, 29 April 2011.
...............................................
(MOHAMMAD FAZRUL AMIN BIN RAMLEE)
Peserta Bengkel Furoshiki.