Laporan Bengkel Bon Odori
Pada 22 hingga 23 hari bulan yang lepas, saya telah mengikuti Hari Kebudayaan Bahasa Jepun yang diadakan di SDAR.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana seperti ‘ice-breaking’, ‘explorace’, bengkel dan banyak lagi. Terdapat enam aktiviti bengkel iaitu Furoshiki, Makizushi, Kaligrafi, Kirigami, Yukata dan Bon Odori. Saya telah mengikuti bengkel Bon Odori.
Ke semua bengkel itu dijalankan pada hari Sabtu. Ia dijalankan pada sebelah petang kerana pada pagi itu telah diadakan explorace. Ke semua bengkel bermula pada pukul 2.00 petang.
Semasa di bengkel Bon Odori, aktiviti pertama dijalankan ialah memanaskan badan yang dikuati oleh saya sendiri. Ini adalah supaya badan mudah untuk digerakkan semasa menari. Pertama sekali, nama guru yang mengajar tarian itu ialah Sumaya. Beliau ialah warga Jepun.
Kami telah beratur semasa ingin mula menari. Beliau telah berdiri di hadapan kami dan menari dengan perlahan dan lemah-lembut. Beliau juga menunjuk ajar kami satu persatu teknik tarian. Kami dengan pantasnya memahami apa yang diajari.
Kemudian, beliau membahagikan kami kepada 6 kumpulan. Selepas itu, kami menari dengan mengikut iringan muzik Jepun yang merdu. Supaya dapat menari dengan lebih baik, kami diminta untuk menari beberapa kali. Kami juga diminta untuk senyum supaya mencantikkan lagi tarian.
Kami telah menari di dalam kumpulan masing-masing mengelilingi tiang selama selama beberapa kali. Selepas itu, kami menari dengan iringan muzik. Seorang guru Bahasa Jepun turut membantu dengan menterjemahkan apa yang telah dikatakan oleh Sumaya sensei. Satu persatu teguran telah diberitahu kepada kami.
Selepas beberapa kali menari akhirnya kedua-dua guru tersebut berpuas hati. Kami diminta untuk menari mengikut kumpulan sambil dinilai oleh seorang lelaki Jepun. Setiap kupulan telah menari dengan bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa pelajar dilihat mempunyai bakat dalam tarian. Saya mula berasa kumpulan saya akan kalah.
Tibanya giliran kumpulan saya., kami telah menari dengan baik dan berhati-hati. Tetapi salah seorang daripada ahli kumpulan saya telah melakukan kesilapan. Saya berasa sangat hampa tetapi, tidak kisah kerana mempunyai semangat berpasukan.
Lelaki Jepun itu mula ingin memberitahu pemenangnya. Dengan sedikit debaran, alangkah terkejutnya saya apabila kumpulan saya telah diumumkan sebagai pemenang. Saya berasa sangat gembira. Saya berharap agar dapat mengikut aktiviti seperti ini lagi pada masa hadapan.
Laporan Disediakan Oleh, 6 Mei 2011.
............................................
(AMIR AMSYAR BIN ZAMZAM)
Peserta Bengkel Odori.